Memaparkan catatan dengan label Madah Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madah Cinta. Papar semua catatan

Titipan Cinta

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.


Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kini kau milik orang lain - Luahan Dari Seorang Lelaki

Kini kau milik orang lain
Air mata kelelakianku gugur jua biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran nokhtah cinta yang terbina begitu lama terputus di tengah jalan.

Di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu.

Sayangku,

Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit maung kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu.

Madah Cinta Gojez.FM 2

pertama kali memandangmu aku xrasa apa-apa hanya sekadar teman biasa lama kelamaan aku menyenangi kehadiranmu dalam hidupku setiap degup jantungku bergetar tiap kali bersamamu apakah ini tanda suatu hari nanti kau dan aku akan bersatu?

Madah Cinta Gojez.FM

PEREMPUAN KENA TAHU ♥ #seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun. LELAKI KENA TAHU ♥ #seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya.

Masa Lalu menyakitkan

Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara, tidak mengungkap janji, tidak bermadah cinta, cukuplah kata mengingat Tuhan, cukuplah nasihat serta teguran, cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman. Soal hati dan perasaan biar masa menentukan. Hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. Berdoalah, kerna itu senjata kita. Andai takdir hidup bersama, pasti Allah permudahkan jalannya." insyaAllah..

Belenggu Cinta

Cinta

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Mada Cinta Luka


Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.
Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Waktu Solat